السَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ

Jom Belajar Bahasa Arab

Maahad Pemula (معهد   اللغة   العربية   للمبتدئين) ditubuhkan untuk memberi kemudahan belajar Bahasa Arab peringkat paling asas kepada sesiapa saja yang berminat tetapi tidak berpeluang mengikuti kelas Bahasa Arab berjadual secara konsisten di mana-mana kerana kekangan masa dan sebagainya.

Di sini, anda boleh mengikuti pelajaran yang disediakan mengikut kadar luang masa anda sendiri. Anda sendiri yang tentukan jadual kelas dan tahap peningkatan anda - Learn at your own pace.

Meningkat Dengan Kefahaman

Peningkatan anda adalah bergantung kepada kefahaman kepada sesuatu tajuk yang telah dipelajari. Misalnya, anda hanya akan diajar bab kedua setelah anda menguasai bab pertama, bab ketiga setelah anda menguasai bab kedua dan seterusnya.

Pada setiap bab akan disediakan latihan-latihan kefahaman bercorak objektif dan juga subjektif (penulisan). Anda perlu mendapat markah tertentu untuk maju ke peringkat seterusnya.

Perbincangan Dalam Talian

Anda juga berpeluang mengikuti perbincangan secara online bersama pelajar-pelajar lain mengenai tajuk-tajuk pelajaran yang sedang dipelajari.

Sijil & Penghargaan

Setelah anda tamat sesuatu tahap, sijil akan dikeluarkan.

Segala kemudahan yang disediakan di sini adalah PERCUMA kerana di Maahad Pemula kami menghargai setiap pelajar yang berusaha menguasai Bahasa Arab untuk memahami Al-Quran Kalamullah.