Rancangan Naiktaraf Fasiliti (Server Upgrade)

 

Tujuan Maahad Pemula diwujudkan adalah untuk memberi peluang belajar Bahasa Arab melalui online secara PERCUMA kepada sesiapa saja yang berminat mempelajari Bahasa Arab Al-Quran bermula dari peringkat yang paling asas sehinggalah (mudah-mudahan) kepada peringkat yang paling tinggi.

Selagi ianya wujud, insyaAllah Maahad Pemula akan kekal menyediakan kemudahan PERCUMA  kepada setiap pelajarnya.

Sejak dilancarkan pada 8 Syawal 1437 (13 Julai 2016) Maahad Pemula telah mendapat sambutan yang sangat menggalakkan di luar dugaan. Dalam seminggu sahaja, sebanyak 869 permohonan telah diterima dan diluluskan. Seramai 479 orang telahpun memulakan pengajian di dalam kursus yang disediakan.

Kapasiti fasiliti asal yang disediakan sebenarnya hanya mampu menampung lebihkurang 500 orang pelajar sahaja, namun permohonan yang diterima setiap hari adalah berterusan dengan purata berpuluh-puluh permohonan setiap hari.

Maahad Pemula tidak dapat menutup atau menolak permohonan baru kerana tujuan asal ianya diwujudkan adalah untuk memberi peluang belajar Bahasa Arab (Bahasa Al-Quran) kepada sesiapa sahaja yang berminat untuk menyertainya.

Maka dengan itu adalah sangat kritikal sekarang ini untuk menaiktarafkan (upgrade) fasiliti yang ada supaya dapat menampung jumlah pelajar yang meningkat serta menyediakan dan meningkatkan kemudahan-kemudahan pelajaran yang bermutu kepada semua pelajarnya.

Upgrade itu dirancang akan diadakan secara berperingkat sejajar dengan penambahan pelajarnya. Bermula dengan menyediakan fasiliti untuk 2,000 pelajar, kemudian 5,000, 10,000 dan seterusnya. Upgrade itu juga akan beserta dengan pelebaran 'lorong superhiway' supaya ramai pelajar dapat mencapai pelajaran dengan selesa secara serentak pada bila-bila masa - semua ini adalah bergantung kepada kemampuan pelaksanaan.

Untuk merealisasikan cita-cita ini dalam ruang masa yang sangat kritikal agar kemudahan yang disediakan oleh Maahad Pemula tidak tergendala, maka pihak pengurusan dengan ini ingin membuka peluang infaq kepada sesiapa yang mahu menyertainya. Tabung infaq untuk menaiktaraf Maahad Pemula dengan ini dilancarkan  bermula dari sekarang. 

Tiada sumbangan kecil yang tidak diterima, dan semoga Allah melipatgandakan ganjaran bagi setiap sumbangan sebagai infaq jariah yang berterusan dan kekal, sebagai suatu usaha dalam menyebarkan ilmu Al-Quran kepada ummat manusia. Aamiin.

Setiap sumbangan boleh dibuat melalui akaun RHB bank No : 1-12134-0025077-6 (Abdul Halim bin Bede). Kemudian sila nyatakan jumlah sumbangan anda melalui email kepada infaq@halimbede.com untuk direkodkan.

PENGUMUMAN :

1. System Upgrade Fasa 1 telah berjaya dilaksanakan pada 25-Jul-2017 dengan meningkatkan kapasiti system untuk menampung sehingga 2000 orang pelajar.

2. System Upgrade Fasa 2 dijadualkan akan dilaksanakan pada awal Januari 2017. InsyaAllah.
 

 

Statistics dalam masa seminggu :