Panduan Umum

 

 

PENDAFTARAN

1. Bagaimanakah caranya mendaftarkan diri sebagai pelajar di Maahad Pemula?
2. Saya telah register dan mendapat email dengan status 'Pending Approval', apa yang harus saya lakukan?
3. Saya baru mendaftar, tetapi apabila login, saya dapat mesej 'Account Inactive'. Kenapa?


SERTAI KURSUS

4. Bagaimanakah caranya untuk menyertai sesuatu kursus yang ditawarkan?
5. Apabila saya menekan gambar kursus, keluar error sebegini : "Sorry, you are not allowed to access this page, or maybe your connection has expired. Please click your browser's "Back" button or follow the link below to return to the previous page"
6. Saya baru bermula dan telah mendapat error message ini : "This learning object cannot be display because the course prerequisites are not completed. This happens when... etc"

 

KOMUNITI & INTERAKSI

Maahad Pemula menggunakan facebook dan telegram sebagai saluran pengumuman utama mengenai perkembangan-perkembangan terkini yang berlaku di dalam kampus. Maka setiap pelajar digalakkan supaya follow facebook ini dan channel ArabPemula di Telegram.

Pelajar-pelajar juga digalakkan menyertai komuniti ArabPemulaGroup sebagai medan interaksi, diskusi dan bantu-membantu sesama pelajar.

 

LAIN-LAIN

7. Adakah kursus ini mengenakan sebarang bayaran?
 

 

1. Bagaimanakah caranya mendaftarkan diri sebagai pelajar di Maahad Pemula?

Permohonan boleh dibuat melalui online dengan klik Sign up! di Gerbang Utama dan mengisi dengan lengkap borang yang disediakan.

Pastikan selepas menekan button  REGISTER  , anda tidak menerima sebarang error message pada paparan skrin. Jika anda menggunakan handphone, sila scroll ke bawah untuk pastikan tiada sebarang error message melainkan mesej "Terimakasih kerana mendaftar....".

Pastikan anda memerima email sejurus selepas pendaftaran. Sekiranya anda tidak menerima sebarang email pengesahan, kemungkinan borang permohonan anda telah tidak di isi dengan lengkap. Sila daftar semula.

Permohonan biasanya akan diproses di dalam masa 24 jam dan yang berjaya akan dimaklumi melalui email kedua.

 

2. Saya telah register dan mendapat email dengan status 'Pending Approval', apa yang harus saya lakukan?

Email Pending Approval itu bermakna permohonan anda telah diterima dan sedang di dalam proses pengesahan. Pengesahan biasanya mengambil masa 24 jam, maka anda cuma perlu tunggu sahaja sehingga mendapat email kedua.

 

3. Saya baru mendaftar, tetapi bila login, saya dapat mesej 'Account Inactive'. Kenapa?

Akaun anda belum disahkan, sila tunggu dan jangan login dahulu sehinggalah anda mendapat email pengesahan dalam tempoh 24 jam.

 

4. Bagaimanakah caranya untuk menyertai sesuatu kursus yang ditawarkan?

Setelah anda berjaya login, Sila ke Katalog Kursus untuk melihat senarai kursus yang ditawarkan. Jika anda berminat mengikuti sesuatu kursus yang ditawarkan itu, sila tekan butang Subscribe yang tertera di bawah paparan kursus tersebut.

Subscribe kursus dengan menekan butang subcribe seperti di bawah ini :

Perhatian : Tidak kesemua kursus boleh diikuti terus, kerana sesetengah kursus memerlukan anda tamat kursus lain yang tertentu terlebih dahulu untuk menyertainya.

 

5. Apabila saya menekan gambar kursus, keluar error sebegini :

Sorry, you are not allowed to access this page, or maybe your connection has expired. Please click your browser's "Back" button or follow the link below to return to the previous page

Kenapa?

Samada anda belum login atau pun anda belum subscribe kursus tersebut. Sila rujuk soalan no.4 untuk cara subscribe kursus di Katalog Kursus.

Jika anda telah pun subscribe, mesej ini terjadi kerana 'time out' atau anda telah 'log out' dari server. Sila login semula. Jika bukan, tekan 'back button' sebagaimana arahan itu.

 
 

6. Saya baru bermula dan telah mendapat message ini" This learning object cannot be display because the course prerequisites are not completed. This happens when... etc".  Apa yang harus saya lakukan?

Mesej ini bermakna anda telah terlajak...  sila tekan 'reverse button'

 

7. Adakah dikenakan sebarang bayaran?

Sesungguhnya tidak! Anda tidak akan dikenakan sebarang bayaran untuk mendaftar dan mengikuti sebarang kursus di Maahad Pemula. Segalanya adalah PERCUMA kerana di Maahad Pemula kami menghargai setiap pelajar yang berusaha menguasai Bahasa Arab untuk memahami Al-Quran Kalamullah.